Untitle .
04 September 2012 | 1 comments
Sila perlahankan volume laptop/komputer korang bila baca entry ni . Takut-takut nanti sakit telinga korang dengar lagu blog aku yang bising ni , lol
Gambar kat atas tu sekadar hiasan , eh yeke , entah lah hoho
Assalamualaikum , hai hai hai . Kali ni aku rasa rajin sikit nak update blog sebab ada something aku nak luahkan . Aku rasa benda macam ni dah banyak kali terjadi dekat semua Kpoppers kot . Eh bukan kot . Memang dah selalu jadi . Aku bukan nak kecoh-kecoh ke apa , aku cuma rasa macam benda ni sebenarnya tak patut kot untuk dipersoalkan atau dipertikaikan .
Keh, baru-baru ni ramai orang kecoh pasal artis Malaysia yang dinamakan Bunkface . Aku rasa tak ada orang yang tak kenal band Bunkface tu . Okay aku tulis ni cuma ikut pendapat aku and tak ada kena mengena pasal aku benda artis Malaysia ke aku tak sokong artis Malaysia . Setiap orang ada pendapat masing-masingkan ? Aku rasa dah lama aku diam pasal orang kutuk kpop ke orang judge kpop .
Macam ni lah , semua orang tahu yang setiap manusia ada hak untuk minat sesuatu kan ? Semua orang tahu kan ? So, kita kenalah hormat minat orang ramai. Kita tak boleh sedap-sedap nak judge or halang minat orang ramai sebab kita tak ada hak nak jugde or halang minat seseorang and kita tak patut nak kutuk apa yang orang ramai minat sebab ia mungkin menyakitkan hati orang yang minat and wujudnya lah fanwar or pergaduhan antara peminat sesama peminat.
Contoh lah kan, sesetengah or separuh orang Malaysia minat K-pop kan . Perlu ke kita kutuk artis K-pop tu . Artis tempatan pun, perlu ke kutuk K-pop ? Aku rasa tak perlu lah sebab terserah lah orang nak minat K-pop ke apa ke kan, habis tu ramai orang minat One Direction , Justin Bieber dengan Nicki Minaj tu tak ada pulak orang nak benci kan. Kenapa nak 'aim' artis K-pop. Sebab apa ? Sebab diorang illuminati ? Kalau macam tu, kita pun boleh cakap yang Justin Bieber dengan Nicki Minaj tu illuminati . Memang lah aku tahu setiap manusia ada pandangan or pendapat diorang sendiri, tapi tak perlu lah kita bash apa yang orang ramai minat . Lepas tu, sekarang ni aku nak kasi pendapat dari segi apa yang aku rasa and apa yang aku nampak. Kebiasaannya kan, ramai orang yang benci K-pop ni akan cakap :
"Eleh artis K-pop ni suka sangat pakai seksi-seksi lah. Ingat cantik lah tu." . Sejujurnya aku cakap eh, diorang memang cantik tapi tak semuanya cantik-cantik. Ada artis K-pop yang tak kurus. Aku guna bahasa sopan sikit "Tak kurus" . Sekurang-kurangnya diorang berbakat. Pandai menyanyi, pandai menari semua tu. Ada tak kita terfikir pasal artis tempatan yang berpakaian macam ala-ala Hollywood , sama je kan ? Cuma perbezaannya ialah agama diorang . Artis K-pop bukan beragama islam so, tak apa lah kan diorang berpakaian seksi-seksi.
Second , "Artis K-pop tu semua miming je. Suara diorang bukan lah sedap mana pun" . Siapa yang kata suara diorang tak merdu ? Mana korang tahu ? Diorang bukan miming, diorang menyanyi live tapi voice yang di record or amende tu untuk support suara diorang time menyanyi je. Cuma lah kita berfikiran logik sikit. Ada ke orang nak nyanyi live sambil menari atas pentas ? Mungkin ada lah and kemungkinan tak ada.
Third , "K-pop K-pop semua ni buat pembedahan plastik ! Semua muka dia plastik je !" . Aku tertanya-tanya pulak dengan orang yang cakap macam ni, mana korang tahu yang diorang buat pembedahan plastik ? Memang lah sesetengah artis Korea buat pembedahan plastik and sekurang-kurangnya diorang ada yang mengaku. Kalau artis tempatan buat tak ada pulak kita nak kisah or kita bash kan ? Aku tak ada lah suruh korang bash artis tempatan, aku cuma cakap je eh bukan cakap typing je, heh .
Aku bukan lah benci dengan artis tempatan ke apa, aku pun minat jugak Najwa Latif, Yuna and . . . . Yang lain tu rahsia , hehehe . Aku pun layan jugak cerita-cerita melayu. Aku pun layan Taylor Swift, LAGU Justin Bieber, Lagu je keh . Twilight semua tu aku layan jugak. So, kesimpulannya tak perlu lah kita bash K-pop sebab kita dengki . Diorang ada cara tersendiri untuk nak promote group or band diorang. Kita pun ada cara tersendiri untuk promote artis tempatan, right ? Tak perlu kita tiru orang semata-mata nak popular. Baik kita buat dengan cara tersendiri , okay ?
Jom lah kita sama-sama berdamai demi kebaikan kita semua okay ? Btw, ignore lah segala typo yang ada dalam entry ni , hoho
Ingat, aku taip entry ni sebab aku cuma nak share pendapat aku and pandangan aku , aku tulis ni berdasarkan apa yang aku dengar and apa yang aku nampak. Aku harap artis tempatan yang membenci K-pop tu berhenti menunjuk perasaan benci atau marah di dalam tv . Memalukan industri Malaysia je tahu tak . Haih . . . Cukup lah sampai kat sini je , nanti aku tulis lebih-lebih kang ada orang bash aku ke apa ke kan dah susah , dah lah . Bye Assalamualaikum